Sunday, 21 October 2012
my dad,my hero :)
assalamualaikum....
nak citer sini...
SITUASI 1..
tadi tengok kakak sulung konvo...rezeki harini dapat masuk skali dengan parent :) Then,terjadilah dialog ni...
cak : abah,tu kakak kan..baju hijau tdg orenhijau tu...
abah : aah..mesej kakak cakap kite kat sebelah sini :)
4-5 minit kemudian...
cak : abah,mane kakak???yang belakang orang tu ke y belah kiri tu ???
abah : tu...y sebelah baju merah tu...y duduk kat situ tengah baca2 tu...tangkap gambar lagi...
cak : mane ????????
so....sebenarnya mak abah sentiasa nampak anak2 dia...walau dalam beribu-ribu manusia yang ada kat situ,mak abah akan tetap kenal anak2 dia...
orang lain mungkin tak sehebat mak abah kita :)
p/s : apa tindakan kita untuk balas jasa mak abah kita ???hmmm....
SITUASI 2
abah : jom la abah hantar sampai atas..
cak : xpe la...kat bawah ni pon boleh..dekat je...
sedar2 abah dah jalan dulu...ikot je la kan..hehee...sampai atas abah beli tiket same2..pastu masuk kat kawasan menunggu KTM....punyelah nak pastikan anak dia ni selamat.hehe...maseh abah ^^itu pun abah tanya lagi,,"nak abah tunggu ke?"dalam hati nak je jawab "nak" tapi memandangkan abah nak balik rumah jauh kan,,,terpaksa la cakap "xpe la...jap lagi tren sampai la tu..hehee"
saya sayang abah! my dad is my hero :)
Sunday, 14 October 2012
terima kasih awak :)
Assalamualaikum....
Tadi mengadu la kat seorang kawan ni...sebab rasa dah xtahan dah nak nangis kan api cover bajet kentalkuat la xnak nangis...last2 dia bagi kata2 ni.....
"i'll give u some of my strength
terima laaaaa
hahahah"
terharu je...^^
dan dia bagi ayat ni jugak...
"surah taha ayat1-5
utk mlembutkan hati & pendinding diri
so kalu org mrh ke apa
xda la cpt touching
hahaha"
katanya lagi....
thanks izni.opss tersebut nama plak...
thanks sebab buat hati saya gembira..
p/s : engatlah...Allah sentiasa ada bersama kita :)
Thursday, 11 October 2012
hope.. ^^
Sahabat...
kehadiranmu di sini memberi seribu erti kepadaku.Ibarat ku temui sinar baru untuk aku memperbaharui arah hidupku.Kehadiranmu memberikanku keyakinan untuk menjadi muslimah yang lebih baik.
Ya Allah...bimbinglah diriku ini untuk mendapat redhaMu...
Peliharalah kami...Berkatilah segala usaha kami...
Bantulah hambaMu ini dalam membentuk jati diri muslimah sejati...
******
korang...
bimbinglah aku...sungguh aku ingin berubah..menjadi sepertimana yang aku selalu idamkan...bantulah aku untuk menjadi muslimah yang solehah.bantulah aku supaya aku menjadi lebih baik.pimpinlah aku.pegang erat tanganku dan bawalah aku ke syurga bersama :)
Semoga persahabatan ini memberi sinar baru untuk kita.Dan semoga ia diberkati,kekal hingga ke Jannah :)
Sayang korang :)
Saturday, 6 October 2012
yesterday..today..and tomorrow...
Ya.Hari ini aku gembira.Gembira kerana dapat berjumpa kamu.Gembira kerana kamu masih ingat kepadaku.Gembira kerana kita masih seperti dulu.
Tetapi...
Hari ini juga aku sedih.Sedih kerana sedikitnya masa bersama kamu.Sedihnya kerana tidak berkesempatan berjalan bersama kamu.Sedih kerana tidak dapat bercerita hati ke hati bersama kamu.
Aku bersyukur kerana di sampingmu terdapat kawan2 yang menyayangimu.Adanya mereka untuk menjagamu.Menjagamu sepenuh hati kerana aku tidak mampu melakukannya dari sini.
Jujurnya,aku sedih melihat dirimu bergelak ketawa bersama mereka.Kejamkan aku untuk berasa begitu?Namun,kebahagiaanmu kebahagiaanku jua. :)
Maaf.
Wednesday, 3 October 2012
nasihat Nabi Muhammad SAW kepada Saidina Ali r.a.
Nasihat Nabi S.A.W kepada Ali r.a ,
Wahai Ali,bagi orang alim itu ada 3 tandanya,
- jujur dalam berkata-kata
- menjauhi segala yang haram
- merendahkan diri
- merahsiakan ibadahnya
- merahsiakan sedekahnya
- merahsiakan ujian yang menimpanya
Wahai Ali,bagi orang bertakwa itu ada 3 tandanya,
- takut berlaku dusta dan keji
- menjauhi kejahatan
- memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman
Wahai Ali,bagi ahli ibadah itu ada 3 tandanya,
- mengawasi dirinya
- menghisab dirinya
- memperbanyakkan ibadah kepada Allah
Subscribe to:
Posts (Atom)