Wednesday, 19 October 2016
I Just Want To Write
My theme today is "I Just Want To Write". I don't know why but I just want to :D
***
Bila difikirkan balik, zaman kecik-kecik dulu selalu sangat tulis karangan Bahasa Melayu berulang-ulang. Kalau cuti sekolah tu kena tulis karangan sampai 5-6 buah karangan. Sampai dah boleh hafal karangan jenis tu akan ada ayat yang macam mana, dialog macam mana. Sikit-sikit dari situ suka menulis.
Dulu-dulu ada berangan nak jadi penulis buku pantun/sajak kanak-kanak. Ada jugak nak jadi penulis cerpen/novel. Masuk universiti jumpa pulak kawan-kawan yang punya impian yang sama, plan nak terbitkan sebuah buku hasil gabungan penulisan kami berempat #SyaFaNiNa.
Semua tu impian, cita-cita dan angan-angan kami. Angan-angan yang mungkin akan tercapai dengan usaha yang gigih dan perancangan yang teliti.
Harapnya, suatu hari nanti impian kita akan tercapai :)
***
I used to feel nervous bila buat presentation kat depan kelas sebab takut terkeluar perkataan 'Sungguhpun', 'Walaubagaimanapun' dll. #SkemaButProud
Subscribe to:
Posts (Atom)