‘Aku banyak dosa.’
‘Aku banyak buat salah’
‘Memang nak jadi baik,tapi ….’
Xkira lah banyak mana salah kita,apa dosa yang kita
buat,selagi kita bertaubat Allah akan sentiasa mendengarnya.
Sebaik-baik manusia
adalah mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah.
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di
sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.” (Al-Hujurat : 13)
Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda:
“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan
sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi
dan Ibnu Majah]
Jom kita ingat kembali tentang sebuah kisah yang terdapat di
dalam sebuah hadis Nabi yang mulia iaitu kisah
taubat insan yang telah membunuh
seratus manusia :
“Daripada Abi Said Saad Bin Malik Al-Khudri radiallahu anhu
sesungguhnya nabi sallallahu alaihi wassalam telah berkata :
Sesungguhnya ada seorang lelaki yang hidup di zaman sebelum
kalian yang telah membunuh 99 jiwa,maka dia telah bertanya untuk berjumpa
dengan orang yang paling A’lim di atas dunia ini dan dia telah ditunjukkan
kepada seorang rahib,maka dia pun datang kepada rahib tersebut lalu berkata
bahawa dia telah membunuh 99 jiwa manusia,apakah ada padanya taubat?? Maka
rahib itu pun berkata : Tidak ada taubat bagimu,maka lelaki itu pun membunuh si
rahib itu lalu mencukupkan 100 jiwa manusia telah dia bunuh,lalu dia bertanya
lagi tentang orang yang paling A’lim di atas dunia ini,lalu dia ditunjukkan
kepada seorang A’lim lalu berkata yang dia telah membunuh 100 orang
manusia,apakah ada padanya taubat?? Lalu A’lim itu berkata : Ya,ada padamu
taubat,dan siapakah yang bakal menghalangmu dari bertaubat??pergilah kau ke
suatu tempat sekian dan sekian kerana di sana adanya golongan manusia yang
menyembah Allah Taala,maka pergilah kau menyembah Allah bersama mereka,dan janganlah
kau kembali lagi ke tempat kau kerana tempat kau itu adalah tempat yang buruk
keadaanya,maka bertolaklah lelaki tersebut ke tempat yang dikatakan A’lim
tersebut,ketikamana dia sampai di pertengahan jalan maut pun datang
menjemputnya,maka berbalahlah Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab,maka berkatalah
Malaikat Rahmat : Dia datang dengan keadaan yang bertaubat yang menghadap
hatinya kepada Allah Taala,dan berkata pula Malaikat Azab : Sesunggunya dia
tidak langsung membuat perkara kebajikkan,tiba-tiba datanglah Malaikat Malik
yang menjelma dalam keadaan seorang manusia,lalu menjadi Hakim di antara mereka
dan berkata : Ukurlah kalian di antara dua tempat ini dan kearah manakah di
antara kedua tempat ini dia berdekatan maka disitulah tempatnya,maka para malaikat
tersebut pun mengukur dan mereka mendapati mayat lelaki tersebut lebih dekat ke
tempat yang ingin ditujuinya itu,lalu Malaikat Rahmat pun mengambil lelaki
tersebut” (hadith riwayat Imam Muslim bernombor 4967)
Idea kali ni dapat masa dalam kereta,otw nak ke Times Square.
Yes! This is true.It’s happened to me yesterday.When I was with her.*
my bestfriend ok .
Thanks to seseorang yang dah berjaya buktikan yang ilmu ni
xsemestinya kena pergi sekolah.xsemestinya kena pergi mana2 kuliah
agama.Kadang2 dalam kereta pun kita boleh belajar.tengah makan,masa tengok
tv,masa jalan2..kalau kita buka hati dan minda kita seluas2nya,kita akan dapat
belajar.
So,janganlah kita sempitkan minda kita.Buka ia seluasnya dan
jangan sia-siakan hidup kita. :)