Sunday, 23 December 2012

kita dan kehidupan.




‘Aku banyak dosa.’

‘Aku banyak buat salah’

‘Memang nak jadi baik,tapi ….’

Xkira lah banyak mana salah kita,apa dosa yang kita buat,selagi kita bertaubat Allah akan sentiasa mendengarnya.
 Sebaik-baik manusia adalah mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.” (Al-Hujurat : 13)

Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda:
“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]

Jom kita ingat kembali tentang sebuah kisah yang terdapat di dalam sebuah hadis Nabi yang mulia iaitu kisah 
taubat insan yang telah membunuh seratus manusia :

“Daripada Abi Said Saad Bin Malik Al-Khudri radiallahu anhu sesungguhnya nabi sallallahu alaihi wassalam telah berkata :
Sesungguhnya ada seorang lelaki yang hidup di zaman sebelum kalian yang telah membunuh 99 jiwa,maka dia telah bertanya untuk berjumpa dengan orang yang paling A’lim di atas dunia ini dan dia telah ditunjukkan kepada seorang rahib,maka dia pun datang kepada rahib tersebut lalu berkata bahawa dia telah membunuh 99 jiwa manusia,apakah ada padanya taubat?? Maka rahib itu pun berkata : Tidak ada taubat bagimu,maka lelaki itu pun membunuh si rahib itu lalu mencukupkan 100 jiwa manusia telah dia bunuh,lalu dia bertanya lagi tentang orang yang paling A’lim di atas dunia ini,lalu dia ditunjukkan kepada seorang A’lim lalu berkata yang dia telah membunuh 100 orang manusia,apakah ada padanya taubat?? Lalu A’lim itu berkata : Ya,ada padamu taubat,dan siapakah yang bakal menghalangmu dari bertaubat??pergilah kau ke suatu tempat sekian dan sekian kerana di sana adanya golongan manusia yang menyembah Allah Taala,maka pergilah kau menyembah Allah bersama mereka,dan janganlah kau kembali lagi ke tempat kau kerana tempat kau itu adalah tempat yang buruk keadaanya,maka bertolaklah lelaki tersebut ke tempat yang dikatakan A’lim tersebut,ketikamana dia sampai di pertengahan jalan maut pun datang menjemputnya,maka berbalahlah Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab,maka berkatalah Malaikat Rahmat : Dia datang dengan keadaan yang bertaubat yang menghadap hatinya kepada Allah Taala,dan berkata pula Malaikat Azab : Sesunggunya dia tidak langsung membuat perkara kebajikkan,tiba-tiba datanglah Malaikat Malik yang menjelma dalam keadaan seorang manusia,lalu menjadi Hakim di antara mereka dan berkata : Ukurlah kalian di antara dua tempat ini dan kearah manakah di antara kedua tempat ini dia berdekatan maka disitulah tempatnya,maka para malaikat tersebut pun mengukur dan mereka mendapati mayat lelaki tersebut lebih dekat ke tempat yang ingin ditujuinya itu,lalu Malaikat Rahmat pun mengambil lelaki tersebut” (hadith riwayat Imam Muslim bernombor 4967)

Idea kali ni dapat masa dalam kereta,otw nak ke Times Square. Yes! This is true.It’s happened to me yesterday.When I was with her.* my bestfriend ok .


Thanks to seseorang yang dah berjaya buktikan yang ilmu ni xsemestinya kena pergi sekolah.xsemestinya kena pergi mana2 kuliah agama.Kadang2 dalam kereta pun kita boleh belajar.tengah makan,masa tengok tv,masa jalan2..kalau kita buka hati dan minda kita seluas2nya,kita akan dapat belajar.

So,janganlah kita sempitkan minda kita.Buka ia seluasnya dan jangan sia-siakan hidup kita. :)
 




2 comments:

  1. thanks dear, suka citer ni.. neway gi ts tu? him? hehe

    ReplyDelete
  2. yup ts.him tu kawan kpd kawan sy.first n last jumpa kot. :)
    so i have nothing to do with him.but i thanked him a lot.
    p/s : jgn fikir bukan2 ye :D

    ReplyDelete