Sunday, 9 November 2014
Aku malu padaNya.
Malu.
Aku malu dengan diri sendiri.
Aku malu pada Allah.
Masa.
Andai dapat aku kembali pada masa itu.
Ingin aku perbetulkan semuanya.
Ya Allah.
Ampunkan dosa hambaMu ini.
Aku mohon padaMu.
Ya Allah.
Thursday, 16 October 2014
Kisah Kembar.
Orang selalu kata manusia ni ada 7 orang yang mukanya sama dengan kita.
Dulu setakat dengar je la orang cakap.
Sekarang berlaku depan mata.
I've meet my twin !
![]() |
| pic from google |
Tapi lain mak, lain ayah, lain tempat tinggal, lain lain semuanya lain.
Tapi muka sama ! hahaha
Even lecturer dalam kelas pun pernah dah tertukar.
Kawan-kawan yang jauh pun boleh tersalah panggil.
Cuma satu je.
Bila ada twin ni kena jaga-jaga sikit perangai,
Yela.. kalau salah seorang buat benda tak elok nanti orang salah anggap cakap sorang lagi yang buat.
haaaa... Ayookkkk....
So, pergi mana-mana pun rasa macam bawak dua muka. Muka aku, dan muka dia. *bukan talam dua muka tau ! *
Kena jaga maruah dia, macam aku jaga maruah aku sendiri.
Kalau aku malu, dia pun akan malu,
Dia pun kena tempiasnya.
Tapi setakat ni seronok lah ada twin ! hahaaa
Boleh kacau-kacau selalu. :D
p/s : love you lah, my Twin !
Tuesday, 14 October 2014
Friday, 10 October 2014
S.M.I.L.E
I smile
because I want.
I smile
because I can.
I smile
because it sedekah.
I smile
so that you and I will be happy.
Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
dunia mu berseri
senyum umpama titian
dalam kehidupan
kau tersenyum ku tersenyum
kemesraan menguntum
senyum kepada semua
senyumanmu amatlah berharga
senyum..membahagiakan
dengan senyuman terjalinlah
ikatan.
:)
Monday, 22 September 2014
Bangkitlah Wahai Diri.
Jauh.
Jauhnya aku dariMu
Ya Allah.
Allah…
Allah…
Aku baru tersedar dari lena yang panjang.
Dari khayalan.
Dari angan-angan yang sia-sia.
Aku baru kembali.
Kembali ke alam nyata.
Kembali ke posisi di mana aku berada.
Tempat di mana kakiku berpijak.
Dunia.
Sungguh dunia mampu membawa seseorang jauh dari Tuhannya.
Tanpa diri sedari.
Tanpa kemahuan diri.
Sedarlah wahai diri.
Bangkitlah dari angan-angan panjangmu itu.
Dekatkanlah dirimu dengan Tuhanmu.
ALLAH.
Saturday, 20 September 2014
Bantu. Diriku.
Hati.
Jangan terlalu lemah.
Jiwa.
Jangan bercelaru.
Mata.
Sila jaga diri anda.
Jangan mencari sesuatu yang tak pasti.
Lidah.
Pelihara diri anda.
Berhentilah mengucapkan perkara yang sia-sia.
Hati, jiwa, mata dan lidah.
Bantulah diriku.
Friday, 12 September 2014
Langkah Permulaan. Good Luck !
Sejak dua menjak ni, makin ramai yang mula berniaga. Fatin
dengan bisnes kepok *keropok* segera dia, Laila dengan bisnes topup dia, Hanim
dengan bisnes barangan dia. Yang paling best sekali diorang yang bukak
syarikat.
Hebat korang. Hebat !
Baguslah. Makin ramai yang ada semangat untuk mulakan
perniagaan kecil-kecilan. Takpe. Lama-lama akan jadi bisnes besar-besaran. Ye dok?
Rasulullah S.A.W pernah bersabda,
" Sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam
perniagaan"
Banyak kelebihan yang kita dapat bila berniaga ni. Bukan
setakat dapat tambah pendapatan, tapi kita jugak dapat improve our
communication skill, management skill, and etc.
Aku harap lepas ni makin ramai student yang ceburi bidang
bisnes ni.
Dan aku doakan bisnes korang terus maju dan diberkatiNya.
Good Luck korang !
Thursday, 11 September 2014
Basikal Berhias Kenangan Terindah
Tanggal 31, bulan lapan, lima puluh tujuh
Hari yang mulia, hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
*****
Semangat nyanyi lagu merdeka.
***
Tetiba teringat masa sekolah dulu, tiap kali ada sambutan
Hari Kemerdekaan dekat sekolah je mesti masuk Pertandingan Basikal Berhias. Kakak, adik, kakak saudara. Semua semangat
masuk pertandingan. Sanggup beli bendera yang ada gula2 warna-warni *sekarang
jarang dah jumpa bendera tu*. Beli banyak banyak. Pastu pasang kat basikal.
Masa hari pertandingan kadang kadang tolak basikal ramai
ramai , pamerkan kat cikgu-cikgu, ibu-ibu, dan bapa-bapa. Lepas tu baru cikgu
buat penilaian.
Sementara cikgu buat penilaian, semua pakat tengok basikal kawan.
Ada yang letak bendera besar. Ada yang letak teddy bear
*perempuan selalu buat*. Kalau yang semangat lagi siap pakai baju hias-hias
bendera sekali !
Menang kalah takpenting. yang penting rasa seronok masa tu.
Memang kenangan yang takkan dilupakan lah !
p/s : Rindu sekolah.
Tuesday, 9 September 2014
mother-to-be
Awak,
InsyaAllah, kawan kita
dah nak jadi ibu.IBU !!!!!!!!
Wwwaaahhhhhh !!!!
Ha Nampak. Orang lain
yang nak jadi ibu, orang lain y excited terlebih. Siapa tak excited kan kalau
umur muda muda dah dapat anak. Dah la kawan tu comel aje. Tak sabar nak tengok
anak dia nanti.
Semoga anaknya nanti
menjadi anak y soleh.
Semoga dia dan anaknya
sihat sentiasa.
Tahniah awak. ^^
So, who’s next?? :D
Wednesday, 14 May 2014
Kita Yang Sering Terlupa
Pernahkah kita terfikir
berapa kerap kita mengingati Allah dalam sehari
Selalukah kita mendahulukan Allah dalam setiap yang kita lakukan saban hari
Berapa kali kita mengucapkan 'Bismillah' dan 'Alhamdulillah' sebelum dan selepas melakukan pekerjaan
Berapa kali ?
Kita sering lupa
bahawa Allah sentiasa di sisi kita
Allah sentiasa mendengar dan melihat setiap gerak geri kita
Allah sentiasa menjaga kita
kita lupa untuk berterima kasih kepadaNya
kita lupa untuk membisikkan kata syukur kepadaNya
Kita lupa betapa sayangnya Alla pada kita
Dan kita sering sombong dan lupa meminta pertolongan daripadaNya
Mengapa begitu ya?
Mengapa?
Aku dan kamu sila jawab..
Tuesday, 6 May 2014
Allah... Allah... Allah
Allah..
Semalam dikejutkan dengan berita kemalangan seorang sahabat dekat.
Lebih mengejutkan apabila diberitahu salah seorang mangsa dalam keadaan parah.
Saat dengar berita tu,hati ni.....Allah
Baru semalam semalam jumpa..hari ni dapat berita yang mengejutkan ni..
Allah..
Itulah.
Kita tak tahu apa yang akan jadi esok hari.
Mungkin kita ada hari ini,,esok? siapa tahu
Ajal dan maut itu rahsia Allah.
Sebagai manusia yang lemah ini,
Adakah kita bersedia ?
Adakah kita bersedia?
*mohon doakan kesejahteraan dan keselamatan sahabat saya...
Friday, 2 May 2014
Mudahkah Menjadi BAIK?
Sungguh.
Bukan mudah untuk menjadi BAIK.
Kerana di saat kita ingin melakukan kebaikan,
Syaitan akan membisikkan kepada kita.
Cuba memesongkan niat kita.
Saat kita nak jadi BAIK,
Banyak persoalan yang timbul dalam kepala
Banyak tanda tanya yang muncul entah dari mana.
Saat itu,
Tiada apa yang mampu dilakukan kecuali kuatkan hati dan
memohon perlindungan dariNya.
Mohon supaya kita tidak sesat dari tujuan asal.
Iaitu mencari keredhaanNya.
-notaHati-
Thursday, 27 March 2014
I'm A Muslim Scientist.
Haritu,aku dan Fatin telah menghadiri Konvensyen Saintis Muslim Malaysia.For me, this convention was quite interesting.Menghadiri konvensyen ni telah membuka akal dan minda aku untuk melihat sains dan kehidupan dengan lebih jauh.
![]() |
| I'm A Muslim Scientist. |
Sebagai seorang Muslim,pasti kita ingin menyumbang sesuatu kepada ummah.
Perkara yang paling terkesan dalam hati aku adalah apabila speaker pertama bercakap tentang wakaf ilmu.
Bagaimana?
Dengan cara berkongsi dengan orang lain segala ilmu yang kita tahu.Secara lisan atau penulisan.
Omputih kata SHARE.
Yes.Share.
Why?
Because sharing is caring.hihi :)
Berkongsilah sesuatu yang bermanfaat kerana...
Dari Abu Hurairah menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya "(Hadis Riwayat Muslim).
Dengan segala teknologi yang ada sekarang,kita boleh share ilmu yang kita ada di blog,Facebook,Twitter dll.
InsyaAllah walaupun nanti kita sudah tidak ada, ilmu yang kita sampaikan itu tetap akan hidup.
Berkongsi dan jangan sesekali kedekut ilmu.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat." -Hadis Riwayat Abu Daud Dan At-Tirmizi.
Peringatan untuk diri ku dan kamu :)
Ayuh kita sama-sama !
Sunday, 23 March 2014
Moment I Want To Remember.
Suatu hari
Situasi dalam kereta,baru balik dari kelas.
Telefon berdering....
Tan jawab call..
"Hello! bla bla bla...."
Beberapa lama kemudian,
Ton pulak dapat call...
"Hello! bla bla bla...."
Then,
Tin pulak call Sibah y duduk kat sebelah dia..kononnya.
Habis je call semua gelak.Semua nak jawab call sama2.Kelakar sangat.
hahahaha
*mungkin tak kelakar bagi orang lain tapi bagi aku kelakar lah. Because it happened in front of me !
Ok.dah.
Nak ceritanya dekat sini, appreciate people around you.Open your eyes and look.Love them and love yourself.
Thursday, 6 March 2014
Hati Manusia.
Dear,
Seriously.
Bila rasa nak buat sesuatu kebaikan/berubah tu,teruskan je.Jangan tangguh-tangguh..
Sebab apa?
Sebab bila kita tangguh-tangguh,fikir macam-macam,lama-lama rasa nak buat kebaikan/berubah tu akan hilang..
Kita hanya akan nampak indahnya dunia..kerana dunia menghidangkan bermacam-macam keseronokan pada kita sehinggakan kita lupa pada akhirat.
Contohnya,
Satu hari kita rasa nak join usrah..Kita fikir bila nak pergi..pukul berapa..bila nak rehat..bila nak buat homework..bila nak balik rumah dll..Bila dah banyak sangat fikir lama2 rasa malas dah nak pergi..Then terlepaslah nak join usrah tu..
hmm...
Percayalah.
Itulah susahnya nak buat kebaikan..Tapi kalau nak buat jahat tu laju je kan?Tak payah nak fikir banyak-banyak.Tup-tup dah berlaku..
Diri yang menulis ni pun sama...
Manusia...Betul la tu manusia..
Imannya meningkat dan menurun..
Sebab tu kita perlukan seorang kawan yang boleh mengajak kita buat kebaikan/berubah.Seorang yang boleh guide kita..Agar kita tak terus sesat.
Wallahu a'lam.
Sama-sama kita berusaha menjadi insan yang lebih baik.
Maaf salah dan silap.
Sunday, 2 March 2014
Sayangku Pada Sahabat.
Bagiku
Seorang sahabat yang baik,
sahabat yang menyayangi sahabatnya yang lain,
sahabat yang ingin menjaga persahabatannya hingga ke syurga,
akan...
menegur sebarang kesilapan yang sahabatnya lakukan.
Dia tidak akan membiarkan sahabatnya itu terus lalai dan alpa.Dia pasti akan menyedarkan sahabatnya itu.Dia pasti merasakan itu adalah tanggungjawabnya untuk menegur mana yang salah.Menegur dengan cara yang baik dan berhemah.Cara yang paling lembut yang tidak akan melukakan hati sahabatnya.
Sungguh.
Hati seseorang itu akan lembut apabila ditegur dengan cara yang betul.Tambahan bila orang yang menegur itu adalah sahabatnya sendiri.Dia pasti akan berasa selesa dan dapat menerima teguran dengan mudah.
Dia juga dapat merasa betapa sayangnya kita padanya.
Dengan izin Allah.
Saturday, 22 February 2014
Resepi 2 : Air Sagu Gula Merah Mudah
Assalamualaikum.
Hai !
Harini nak share satu resepi.Resepi yang bagi aku mudah saja..Tak rugi cuba.
Nak dijadikan cerita,first time aku rasa air ni masa minggu keusahawanan..akak2 FM la y jual.Sekali tengok nampak menarik.So ape lagi beli la..Tak cukup satu beli dua.Siap mintak gelas besar lagi.hahaha..Bila balik rumah cuba la buat.Teringin punya pasal.Alhamdulillah menjadi dan family pun suka !
So ni resepinya..
Bahan-bahan untuk sagu :
- Sagu
- Dua helai daun pandan
- Secubit garam
- Sedikit pewarna ( hijau atau merah )
- Air
Cara-cara :
- Masukkan sagu,air,garam dan daun pandan ke dalam periuk.Kacau.
- Masukkan pewarna dan teruskan mengacau.
- Kacau sagu sehingga sagu kelihatan jernih.
- Setelah siap,biarkan sagu sejuk di dalam bekas-bekas kecil.
Bahan-bahan untuk gula merah :
- gula merah
- sedikit gula pasir
- air
Cara-cara :
- Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sehingga gula larut.
- Tapiskan.
Nak minum air ni senang je..
Masukkan sagu dalam mangkuk,air gula sikit then susu cair.
Dah siap !
Air sagu ni sangat best bila minum petang2.Nampak macam banyak step nak buat tapi sebenarnya senang je. :)
Selamat mencuba !
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)



