Wednesday, 23 December 2015

Short Story To Remember




Masih ingat lagi zaman sekolah dulu. Ada satu malam tu, masa prep. awak demam. Suddenly one of our friends call me and said you’re searching for me. Masa tu kita prep kat sekolah. I pon kemas kemas barang terus balik asrama. 




Tapi tu kisah dulu. Sekarag awak dah nak jadi isteri orang. 

Ohh..  

How time flies…  


Monday, 23 February 2015

New Semester, Race Start !


 Assalamualaikum.

Alhamdulillah..Secara rasminya hari ini telah bermula semester baru. Semester 6.

Walaupun result exam sem lepas masih lagi 'sukar untuk dilupakan', kita mulakan sem baru ini dengan azam yang baru. Dengan semangat yang baru dan dengan harapan yang baru.

Yang berlalu biarkan terus berlalu. Tak kesah lah kurang 0.04 ke, lebih 0.04 ke, tak capai target ke, yang penting muhasabah diri balik. Cari mana silapnya dan perbetulkan.

If you think you can, work harder. InsyaAllah you can.

Banyak yang aku ingin capai pada sem kali ini.. Harapnya dipermudahkan.

Belajar biar Lillahi Ta'ala.

We can do it !

p/s : pesanan buat diri yang selalu 'terbabas' sebab kerja bukak laptop pastu tengok ceritaaaaaa je pastu mula lah.


Sunday, 1 February 2015

| DISO LANGKAWI 2015 | PART 2


Rasa malas nak tulis. So kita tengok gambar je lah. Gambar yang tak seberapa. Eh. Tak. Gambar yang hanya beberapa. :D











maaf.identiti dirahsiakan.hahaha




Wednesday, 21 January 2015

| DISO LANGKAWI 2015 | Part 1


Alhamdulillah..

Berakhir sudah DISO LANGKAWI 2015 pada kali ini. Bermula dari 16 Jan sehingga 19 Jan 2015.
Sebenarnya masih lagi rasa macam mimpi. Ingatkan semua tu angan angan dan impian kosong.Sekarang dah jadi kenyataan.

Pertama kali jalan jalan melancong dengan kawan kawan. Plan sendiri. Booking rumah sendiri. Pergi balik sendiri. Semuanya sendiri. Kalau dulu selalu harapkan cikgu atau parent yang uruskan semua. Kali ni memang buat diri ni sedar yang kita ni dah besar. ‘Besar’ di sini means matang dan boleh fikir mana yang baik dan mana yang buruk. Mana yang perlu dan mana yang xperlu. Mana yang penting dan mana yang boleh ditolak tepi.

Secara jujurnya, ni lah pertama kali aku merasa naik kapal terbang. Sebelum ni tengok je kapal terbang kat langit, lambai lambai konon pilot tu nampak aku lambai.haha

Pengalaman pertama kali naik memang susah nak lupa. Nervous pon ada. Tapi buat muka cool je konon excited.

Tapi bila dah ada kat atas nun, Subhanallah… macam xmampu nak berkata kata. Terasa kelu lidah ni. Cantiknya alam ciptaan Allah ni..Subhanallah…Subhanallah..Subhanallah..

Selama ni aku hanya melihat apa yang ada di darat… Melihat pokok pokok yang menghijau.. gunung ganang dan bukit bukau. Kali ni aku dapat melihat sendiri apa yang ada di langit. Awan yang Subhanallah cantiknya.. Ibarat gula gula kapas. Pemandangan yang sangat susah nak dapat..

Itu baru awan..belum lagi tengok ke sekeliling…

Bila dapat tengok kebesaran Ilahi ni, hilang terus rasa takut. Hilang rasa nervous. Yang tinggal rasa bersyukur kerana aku diberi kesempatan untuk melihat alam ciptaan Allah yang tak ternilai harganya.

Mungkin bagi sesetengah orang ini pengalaman biasa.

Bagi aku, pengalaman pengalaman sebeginilah yang membuatkan aku sedar siapa diri aku. Aku hanya insan yang kerdil. Dan betapa Agungnya Allah. Tuhan yang menciptakan manusia. Tuhan yang menciptakan kita.

Manusia kadang kadang lupa bahawa segala yang ada di langit dan bumi ini adalah milik Allah. Tiada yang dapat menandingi apa yang telah Allah cipta. Cukuplah sekadar lihat di sekeliling kita. Lihat dan berfikir dengan mata hati.

****


Rasa dihati tak mampu diungkap dengan kata kata. Hanya hati yang tahu. Hanya hati yang berbicara. Dan aku bersyukur dengan kesempatan yang telah diberikan ini.