Monday, 22 September 2014

Bangkitlah Wahai Diri.


Jauh.
Jauhnya aku dariMu
Ya Allah.
Allah…
Allah…

Aku baru tersedar dari lena yang panjang.
Dari khayalan.
Dari angan-angan yang sia-sia.

Aku baru kembali.
Kembali ke alam nyata.
Kembali ke posisi di mana aku berada.
Tempat di mana kakiku berpijak.

Dunia.
Sungguh dunia mampu membawa seseorang jauh dari Tuhannya.
Tanpa diri sedari.
Tanpa kemahuan diri.

Sedarlah wahai diri.

Bangkitlah dari angan-angan panjangmu itu.
Dekatkanlah dirimu dengan Tuhanmu.
ALLAH.


Saturday, 20 September 2014

Bantu. Diriku.


Hati.
Jangan terlalu lemah.

Jiwa.
Jangan bercelaru.

Mata.
Sila jaga diri anda.
Jangan mencari sesuatu yang tak pasti.

Lidah.
Pelihara diri anda.
Berhentilah mengucapkan perkara yang sia-sia.

Hati, jiwa, mata dan lidah.
Bantulah diriku.


Friday, 12 September 2014

Langkah Permulaan. Good Luck !


Sejak dua menjak ni, makin ramai yang mula berniaga. Fatin dengan bisnes kepok *keropok* segera dia, Laila dengan bisnes topup dia, Hanim dengan bisnes barangan dia. Yang paling best sekali diorang yang bukak syarikat.

 Hebat korang. Hebat !

Baguslah. Makin ramai yang ada semangat untuk mulakan perniagaan kecil-kecilan. Takpe. Lama-lama akan jadi bisnes besar-besaran. Ye dok? 

Rasulullah S.A.W pernah bersabda,

" Sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan"

Banyak kelebihan yang kita dapat bila berniaga ni. Bukan setakat dapat tambah pendapatan, tapi kita jugak dapat improve our communication skill, management skill, and etc.

Aku harap lepas ni makin ramai student yang ceburi bidang bisnes ni.

Dan aku doakan bisnes korang terus maju dan diberkatiNya.


Good Luck korang !


Thursday, 11 September 2014

Basikal Berhias Kenangan Terindah


Tanggal 31, bulan lapan, lima puluh tujuh
Hari yang mulia, hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

*****
Semangat nyanyi lagu merdeka.

***

Tetiba teringat masa sekolah dulu, tiap kali ada sambutan Hari Kemerdekaan dekat sekolah je mesti masuk Pertandingan Basikal Berhias.  Kakak, adik, kakak saudara. Semua semangat masuk pertandingan. Sanggup beli bendera yang ada gula2 warna-warni *sekarang jarang dah jumpa bendera tu*. Beli banyak banyak. Pastu pasang kat basikal.

Masa hari pertandingan kadang kadang tolak basikal ramai ramai , pamerkan kat cikgu-cikgu, ibu-ibu, dan bapa-bapa. Lepas tu baru cikgu buat penilaian.

Sementara cikgu buat penilaian, semua pakat tengok basikal kawan.
Ada yang letak bendera besar. Ada yang letak teddy bear *perempuan selalu buat*. Kalau yang semangat lagi siap pakai baju hias-hias bendera sekali !

Menang kalah takpenting. yang penting rasa seronok masa tu.


Memang kenangan yang takkan dilupakan lah !

p/s : Rindu sekolah.


Tuesday, 9 September 2014

mother-to-be


Awak,

InsyaAllah, kawan kita dah nak jadi ibu.IBU !!!!!!!!

Wwwaaahhhhhh !!!!

Ha Nampak. Orang lain yang nak jadi ibu, orang lain y excited terlebih. Siapa tak excited kan kalau umur muda muda dah dapat anak. Dah la kawan tu comel aje. Tak sabar nak tengok anak dia nanti.
Semoga anaknya nanti menjadi anak y soleh.
Semoga dia dan anaknya sihat sentiasa.

Tahniah awak. ^^

So, who’s next?? :D