Thursday, 27 March 2014

I'm A Muslim Scientist.



Haritu,aku dan Fatin telah menghadiri  Konvensyen Saintis Muslim Malaysia.For me, this convention was quite interesting.Menghadiri konvensyen ni telah membuka akal dan minda aku untuk melihat sains dan kehidupan dengan lebih jauh.

I'm A Muslim Scientist.

Sebagai seorang Muslim,pasti kita ingin menyumbang sesuatu kepada ummah.

Perkara yang paling terkesan dalam hati aku adalah apabila speaker pertama bercakap tentang wakaf ilmu.

Bagaimana?
Dengan cara berkongsi dengan orang lain segala ilmu yang kita tahu.Secara lisan atau penulisan.
Omputih kata SHARE.

Yes.Share.
Why?
Because sharing is caring.hihi :)

Berkongsilah sesuatu yang bermanfaat kerana...

Dari Abu Hurairah menerangkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya "(Hadis Riwayat Muslim).

Sekali lagi..Ilmu Yang Bermanfaat..
Dengan segala teknologi yang ada sekarang,kita boleh share ilmu yang kita ada di blog,Facebook,Twitter dll.
InsyaAllah walaupun nanti kita sudah tidak ada, ilmu yang kita sampaikan itu tetap akan hidup.

Berkongsi dan jangan sesekali kedekut ilmu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat." -Hadis Riwayat Abu Daud Dan At-Tirmizi.


Ok..Itu saja untuk kali ini.
Peringatan untuk diri ku dan kamu :)
Ayuh kita sama-sama !


Sunday, 23 March 2014

Moment I Want To Remember.


Suatu hari

Situasi dalam kereta,baru balik dari kelas.

Telefon berdering....

Tan jawab call..
"Hello! bla bla bla...."

Beberapa lama kemudian,
Ton pulak dapat call...
"Hello! bla bla bla...."

Then,

Tin pulak call Sibah y duduk kat sebelah dia..kononnya.

Habis je call semua gelak.Semua nak jawab call sama2.Kelakar sangat.
hahahaha
*mungkin tak kelakar bagi orang lain tapi bagi aku kelakar lah. Because it happened in front of me !

Ok.dah.

Nak ceritanya dekat sini, appreciate people around you.Open your eyes and look.Love them and love yourself. 


Thursday, 6 March 2014

Hati Manusia.


Dear,
Seriously.

Bila rasa nak buat sesuatu kebaikan/berubah tu,teruskan je.Jangan tangguh-tangguh..
Sebab apa?
Sebab bila kita tangguh-tangguh,fikir macam-macam,lama-lama rasa nak buat kebaikan/berubah tu akan hilang..
Kita hanya akan nampak indahnya dunia..kerana dunia menghidangkan bermacam-macam keseronokan pada kita sehinggakan kita lupa pada akhirat.

Contohnya,
Satu hari kita rasa nak join usrah..Kita fikir bila nak pergi..pukul berapa..bila nak rehat..bila nak buat homework..bila nak balik rumah dll..Bila dah banyak sangat fikir lama2 rasa malas dah nak pergi..Then terlepaslah nak join usrah tu..
hmm...

Percayalah.
Itulah susahnya nak buat kebaikan..Tapi kalau nak buat jahat tu laju je kan?Tak payah nak fikir banyak-banyak.Tup-tup dah berlaku..

Diri yang menulis ni pun sama...

Manusia...Betul la tu manusia..
Imannya meningkat dan menurun..

Sebab tu kita perlukan seorang kawan yang boleh mengajak kita buat kebaikan/berubah.Seorang yang boleh guide kita..Agar kita tak terus sesat.

Wallahu a'lam.

Sama-sama kita berusaha menjadi insan yang lebih baik.
Maaf salah dan silap.



Sunday, 2 March 2014

Sayangku Pada Sahabat.



Bagiku

Seorang sahabat yang baik,
sahabat yang menyayangi sahabatnya yang lain,
sahabat yang ingin menjaga persahabatannya hingga ke syurga,
akan...
menegur sebarang kesilapan yang sahabatnya lakukan.

Dia tidak akan membiarkan sahabatnya itu terus lalai dan alpa.Dia pasti akan menyedarkan sahabatnya itu.Dia pasti merasakan itu adalah tanggungjawabnya untuk menegur mana yang salah.Menegur dengan cara yang baik dan berhemah.Cara yang paling lembut yang tidak akan melukakan hati sahabatnya.

Sungguh.

Hati seseorang itu akan lembut apabila ditegur dengan cara yang betul.Tambahan bila orang yang menegur itu adalah sahabatnya sendiri.Dia pasti akan berasa selesa dan dapat menerima teguran dengan mudah.

Dia juga dapat merasa betapa sayangnya kita padanya.

Dengan izin Allah.