Thursday, 27 December 2012

secret !



 Rasa xberapa nak rapat dengan roommate?classmate?housemate?
 Try this.
  
  •  Selalu makan bersama
Sambil menunggu makanan tu bolehlah bercerita masalah,ilmu,cerita2 terkini..cerita dongeng pon boleh :)
  •   Berinteraksi dengan cara yang betul
Kalau kawan kita sedang bercakap,berilah respond yang sepatutnya..jangan hanya mendengar tanpa apa2 respond atau buat muka ‘blurr’(y ni betul geram,gggrrrr) sebab kadang2 kawan kita bercerita bukan mengharapkan kita menyelesaikan masalah mereka,tetapi cukup sekadar kita mendengar luahan hati mereka.
  • Share makanan,share nota kuliah,share buku rujukan.
Haaa…yang ni selalu yang duduk asrama la buat..kalau korang pernah duduk asrama mesti pernah buat kan semua  ni..berkesan kan ? betul x?? :D   
  • Solat berjemaah sesame.
Yang ni paling penting.seriously! yang atas2 tu addition je.kalau tiap2 hari dapat solat berjemaah dengan roommate/dormmate/housemate insyaAllah ukhwah yang sedia terjalin tu akan  lebih akrab.Xpercaya??try la buat :)


i love you..opss !




Sunday, 23 December 2012

kita dan kehidupan.




‘Aku banyak dosa.’

‘Aku banyak buat salah’

‘Memang nak jadi baik,tapi ….’

Xkira lah banyak mana salah kita,apa dosa yang kita buat,selagi kita bertaubat Allah akan sentiasa mendengarnya.
 Sebaik-baik manusia adalah mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah.

“Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.” (Al-Hujurat : 13)

Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda:
“Setiap anak Adam (manusia) mempunyai salah (dosa), dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat.” [HR. at-Tirmidzi dan Ibnu Majah]

Jom kita ingat kembali tentang sebuah kisah yang terdapat di dalam sebuah hadis Nabi yang mulia iaitu kisah 
taubat insan yang telah membunuh seratus manusia :

“Daripada Abi Said Saad Bin Malik Al-Khudri radiallahu anhu sesungguhnya nabi sallallahu alaihi wassalam telah berkata :
Sesungguhnya ada seorang lelaki yang hidup di zaman sebelum kalian yang telah membunuh 99 jiwa,maka dia telah bertanya untuk berjumpa dengan orang yang paling A’lim di atas dunia ini dan dia telah ditunjukkan kepada seorang rahib,maka dia pun datang kepada rahib tersebut lalu berkata bahawa dia telah membunuh 99 jiwa manusia,apakah ada padanya taubat?? Maka rahib itu pun berkata : Tidak ada taubat bagimu,maka lelaki itu pun membunuh si rahib itu lalu mencukupkan 100 jiwa manusia telah dia bunuh,lalu dia bertanya lagi tentang orang yang paling A’lim di atas dunia ini,lalu dia ditunjukkan kepada seorang A’lim lalu berkata yang dia telah membunuh 100 orang manusia,apakah ada padanya taubat?? Lalu A’lim itu berkata : Ya,ada padamu taubat,dan siapakah yang bakal menghalangmu dari bertaubat??pergilah kau ke suatu tempat sekian dan sekian kerana di sana adanya golongan manusia yang menyembah Allah Taala,maka pergilah kau menyembah Allah bersama mereka,dan janganlah kau kembali lagi ke tempat kau kerana tempat kau itu adalah tempat yang buruk keadaanya,maka bertolaklah lelaki tersebut ke tempat yang dikatakan A’lim tersebut,ketikamana dia sampai di pertengahan jalan maut pun datang menjemputnya,maka berbalahlah Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab,maka berkatalah Malaikat Rahmat : Dia datang dengan keadaan yang bertaubat yang menghadap hatinya kepada Allah Taala,dan berkata pula Malaikat Azab : Sesunggunya dia tidak langsung membuat perkara kebajikkan,tiba-tiba datanglah Malaikat Malik yang menjelma dalam keadaan seorang manusia,lalu menjadi Hakim di antara mereka dan berkata : Ukurlah kalian di antara dua tempat ini dan kearah manakah di antara kedua tempat ini dia berdekatan maka disitulah tempatnya,maka para malaikat tersebut pun mengukur dan mereka mendapati mayat lelaki tersebut lebih dekat ke tempat yang ingin ditujuinya itu,lalu Malaikat Rahmat pun mengambil lelaki tersebut” (hadith riwayat Imam Muslim bernombor 4967)

Idea kali ni dapat masa dalam kereta,otw nak ke Times Square. Yes! This is true.It’s happened to me yesterday.When I was with her.* my bestfriend ok .


Thanks to seseorang yang dah berjaya buktikan yang ilmu ni xsemestinya kena pergi sekolah.xsemestinya kena pergi mana2 kuliah agama.Kadang2 dalam kereta pun kita boleh belajar.tengah makan,masa tengok tv,masa jalan2..kalau kita buka hati dan minda kita seluas2nya,kita akan dapat belajar.

So,janganlah kita sempitkan minda kita.Buka ia seluasnya dan jangan sia-siakan hidup kita. :)
 




Saturday, 15 December 2012

sport week of BSD3



Fuhhh...pagi hujung minggu kali ni diisi dengan aktiviti sukan.Yang paling bestnya bila dapat bersama classmate yang tercinta.cewahhh !

Best.buat kerja gila ramai2.Mana tak nya,jogging *kerr? :P * dari kk1 ke akasia semata2 nak makan  roti canai..sebelum sampai kedai sempat jugak la singgah padang.



Dah penat main sambung ke replika "Iqra'" pulak.tangkap gambar.Tu tujuan utama sebenarnya.hahaa...Tangkap gambar lebih dari jogging.


Tapi at the end,semua orang hepi.semua orang puas hati.Semua orang balik dengan perut yang PENUH! :)

Rasa hujng minggu kali ni sangat bermakna..dapat kuruskan badan tu memang best lah kan.Tapi yang paling best bila terasa ukhwah tu semakin rapat.Terasa lebih kenal dengan semua.Terasa sayang kat dorang sangat.

we share happiness.we share sadness.we share problems together.It make us strong :) .

The Prophet said, "There are two blessings which many people lose: (They are) Health and free time for doing good."

p/s : jom sama2 jaga kesihatan dengan bersukan.niat kerana Allah,insyaAllah banyak kebaikan yang kita dapat.

       sementara masih berpeluang ni,live your life.enjoy your life with something beneficial.something that you will            never regret. :)




Wednesday, 12 December 2012

aaaarrgghhhhh !



sangat stresss >.<
itu je yang mampu cakap sekarang..
macam2 benda nak fikir,macam2 kerenah orang nak layan
harap2 nye dapat lalui semua ni..

tambah rasa nak nangis sayu sakithati kecewa sedih bila nak luah tapi xmampu.bukan sengaja nak pendam,cuma xjumpa cara macammana nak cakap...
bila orang lain tanya,'ok x ni??' hanya mampu jawab 'ok'.padahal dalam hati ,
hanya Allah je yang tau perasaan ni.

~ ~

Ya Allah,berikanlah aku kekuatan..

*sabar itu penting.so...sabar ye sayang :)
sesungguhnya Allah bersama orang2 yang sabar .





Tuesday, 4 December 2012

حسن الظن


kata2 yang sangat menarik perhatian hari ni :

‎" Kita TIDAK MAMPU untuk Mengubah Hati Orang Lain Untuk Berbaik Sangka Dengan Kita, Tetapi Kita Mampu Untuk Mentarbiah dan Mendidik Hati kita Untuk Berbaik sangka Dengan Orang Lain "

kan...

Rasulullah bersabda :

"Jauhilah bersangka-sangka kerana ianya satu penipuan dalam berkata-kata" (Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)


Imam asy-Syafi'i berkata :

"Sesiapa yang ingin menutup hidupnya dengan kebaikan, maka jagalah selalu sangkaan baik kepada manusia".



kenapa tiba-tiba cakap pasal ni?ntah...cuma rasa perlunya bersangka baik pada saat ini...saat ini??? o.O

bukan apa,kalau kita bersangka baik , hidup rasa tenang , hati xgelisah , fikiran xmelayang-layang..kan bagus? 

:)

jom baiki diri... sentiasalah Husnuzon. 


شكرا جزيلا .


p/s : exam lagi sebulan..sekejapnya masa berlalu =="