Wednesday, 14 May 2014
Kita Yang Sering Terlupa
Pernahkah kita terfikir
berapa kerap kita mengingati Allah dalam sehari
Selalukah kita mendahulukan Allah dalam setiap yang kita lakukan saban hari
Berapa kali kita mengucapkan 'Bismillah' dan 'Alhamdulillah' sebelum dan selepas melakukan pekerjaan
Berapa kali ?
Kita sering lupa
bahawa Allah sentiasa di sisi kita
Allah sentiasa mendengar dan melihat setiap gerak geri kita
Allah sentiasa menjaga kita
kita lupa untuk berterima kasih kepadaNya
kita lupa untuk membisikkan kata syukur kepadaNya
Kita lupa betapa sayangnya Alla pada kita
Dan kita sering sombong dan lupa meminta pertolongan daripadaNya
Mengapa begitu ya?
Mengapa?
Aku dan kamu sila jawab..
Tuesday, 6 May 2014
Allah... Allah... Allah
Allah..
Semalam dikejutkan dengan berita kemalangan seorang sahabat dekat.
Lebih mengejutkan apabila diberitahu salah seorang mangsa dalam keadaan parah.
Saat dengar berita tu,hati ni.....Allah
Baru semalam semalam jumpa..hari ni dapat berita yang mengejutkan ni..
Allah..
Itulah.
Kita tak tahu apa yang akan jadi esok hari.
Mungkin kita ada hari ini,,esok? siapa tahu
Ajal dan maut itu rahsia Allah.
Sebagai manusia yang lemah ini,
Adakah kita bersedia ?
Adakah kita bersedia?
*mohon doakan kesejahteraan dan keselamatan sahabat saya...
Friday, 2 May 2014
Mudahkah Menjadi BAIK?
Sungguh.
Bukan mudah untuk menjadi BAIK.
Kerana di saat kita ingin melakukan kebaikan,
Syaitan akan membisikkan kepada kita.
Cuba memesongkan niat kita.
Saat kita nak jadi BAIK,
Banyak persoalan yang timbul dalam kepala
Banyak tanda tanya yang muncul entah dari mana.
Saat itu,
Tiada apa yang mampu dilakukan kecuali kuatkan hati dan
memohon perlindungan dariNya.
Mohon supaya kita tidak sesat dari tujuan asal.
Iaitu mencari keredhaanNya.
-notaHati-
Subscribe to:
Posts (Atom)