Alhamdulillah..
Berakhir sudah DISO LANGKAWI 2015 pada kali ini. Bermula
dari 16 Jan sehingga 19 Jan 2015.
Sebenarnya masih lagi rasa macam mimpi. Ingatkan semua tu
angan angan dan impian kosong.Sekarang dah jadi kenyataan.
Pertama kali jalan jalan melancong dengan kawan kawan. Plan
sendiri. Booking rumah sendiri. Pergi balik sendiri. Semuanya sendiri. Kalau
dulu selalu harapkan cikgu atau parent yang uruskan semua. Kali ni memang buat
diri ni sedar yang kita ni dah besar. ‘Besar’ di sini means matang dan boleh
fikir mana yang baik dan mana yang buruk. Mana yang perlu dan mana yang xperlu.
Mana yang penting dan mana yang boleh ditolak tepi.
Secara jujurnya, ni lah pertama kali aku merasa naik kapal
terbang. Sebelum ni tengok je kapal terbang kat langit, lambai lambai konon
pilot tu nampak aku lambai.haha
Pengalaman pertama kali naik memang susah nak lupa. Nervous
pon ada. Tapi buat muka cool je konon excited.
Tapi bila dah ada kat atas nun, Subhanallah… macam xmampu nak berkata kata. Terasa kelu lidah ni. Cantiknya alam ciptaan Allah
ni..Subhanallah…Subhanallah..Subhanallah..
Selama ni aku hanya melihat apa yang ada di darat… Melihat
pokok pokok yang menghijau.. gunung ganang dan bukit bukau. Kali ni aku dapat
melihat sendiri apa yang ada di langit. Awan yang Subhanallah cantiknya..
Ibarat gula gula kapas. Pemandangan yang sangat susah nak dapat..
Itu baru awan..belum lagi tengok ke sekeliling…
Bila dapat tengok kebesaran Ilahi ni, hilang terus rasa
takut. Hilang rasa nervous. Yang tinggal rasa bersyukur kerana aku diberi
kesempatan untuk melihat alam ciptaan Allah yang tak ternilai harganya.
Mungkin bagi sesetengah orang ini pengalaman biasa.
Bagi aku, pengalaman pengalaman sebeginilah yang membuatkan
aku sedar siapa diri aku. Aku hanya insan yang kerdil. Dan betapa Agungnya
Allah. Tuhan yang menciptakan manusia. Tuhan yang menciptakan kita.
Manusia kadang kadang lupa bahawa segala yang ada di langit
dan bumi ini adalah milik Allah. Tiada yang dapat menandingi apa yang telah Allah
cipta. Cukuplah sekadar lihat di sekeliling kita. Lihat dan berfikir dengan
mata hati.
****
Rasa dihati tak mampu diungkap dengan kata kata. Hanya hati
yang tahu. Hanya hati yang berbicara. Dan aku bersyukur dengan kesempatan yang
telah diberikan ini.
No comments:
Post a Comment